SEMINAR ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI 2 INI ADALAH WAJIB UNTUK SEMUA PELAJAR TAHUN AKHIR MAJOR ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI. DENGAN MENGAMBIL FORMAT SEMINAR, PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBACA BAHAN BACAAN YANG DITETAPKAN, BERSEDIA UNTUK MEMBUAT PERBINCANGAN MENGENAI TOPIK-TOPIK TERTENTU DAN JUGA MENJALANKAN SATU PROJEK. MEREKA JUGA AKAN MENCARI DAN MENGENALPASTI ‘GAPS’ DALAM PENYELIDIKAN DALAM BIDANG YANG DIPILIH. TOPIK YANG AKAN DIBINCANGKAN BERGANTUNG KEPADA PENSYARAH YANG MENGENDALIKAN SEMINAR INI. ANTARA TOPIK YANG AKAN DIKETENGAHKAN IALAH MEDIA DAN MASYARAKAT, PELANCONGAN DAN PERSEKITARAN, FENOMENA KEHIDUPAN HARIAN, EKONOMI DAN MASYARAKAT, ISU-ISU POLITIK DAN MASYARAKAT, JENAYAH DAN MASYARAKAT, ISU-ISU GENDER, PEKERJAAN DAN MANA-MANA BIDANG SOSIOLOGI TERKINI. TOPIK YANG DIKETENGAHKAN DALAM SEMINAR 1 DAN SEMINAR 2 ADALAH DALAM BIDANG-BIDANG YANG BERBEZA. SEMINAR 2 INI AKAN MEMBERI PENEKANAN KEPADA PERKEMBANGAN BARU DALAM BIDANG SOSIOLOGI YANG DIPILIH OLEH PENSYARAH.
Skill Level: Beginner