KURSUS INI AKAN MEMPERKENALKAN TEORI DAN PRAKTIS KEWARTAWANAN DALAM MEDIA BARU. PELAJAR-PELAJAR AKAN MENILAI PERBEZAAN DI ANTARA MEDIA BARU DAN MEDIA LAMA DARI SUDUT TEORETIKAL DAN PRAKTIKAL. PROSES INI AKAN MENGAMBILKIRA ASAS-ASAS KEWARTAWANAN SEPERTI PENGUMPULAN, PENULISAN DAN PENYUNTINGAN BERITA UNTUK MEDIA BARU. KEPENTINGAN PENUMPUAN DAN PERANAN BIDANG YANG BERKAITAN SEPERTI KEWARTAWANAN FOTO, KEWARTAWANAN GRAFIK DAN PERIKLANAN DALAM MEDIA BARU JUGA DIBINCANGKAN. ISU-ISU PERUNDANGAN DAN ETIKA, DAN IMPLIKASI PENGGUNAAN SUMBER BERITA DALAM TALIAN AKAN DIBINCANGKAN MENGGUNAKAN PERDEBATAN DAN KAJIAN TERKINI DALAM BIDANG INI.
Skill Level: Beginner