KURSUS INI BERTUJUAN UNTUK MENYEDIAKAN PELAJAR DENGAN KEFAHAMAN TENTANG BAGAIMANA ORANG BELAJAR DAN MEMPEROLEH BAHASA. IA JUGA AKAN MENYEDIAKAN PENGENALAN KEPADA TEORI-TEORI YANG BERBEZA MENGENAI BAGAIMANA KITA BELAJAR DAN MEMPEROLEH BAHASA. DI ANTARA PELBAGAI TEORI TENTANG PEMEROLEHAN BAHASA, PANDANGAN BEHAVIOURISME SEPERTI SKINNER DAN PAVLOV, PANDANGAN PSIKOLOGI KOGNITIF SEPERTI PIAGET DAN VYGOTSKY, PANDANGAN INNATISME SEPERTI CHOMSKY AKAN DIBINCANGKAN. KURSUS INI JUGA MENITIKBERATKAN PROSES LINGUISTIK DAN KOGNITIF YANG SPESIFIK DAN STRATEGI YANG TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA. TEORI PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA SEPERTI ANALISIS KONTRASTIF, KEKHILAFAN BAHASA, TEORI MONITOR KRASHEN, DAN TEORI INTERLANGUAGE SELINKER DAN KAITANNYA DENGAN PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA AKAN DIBERI PERHATIAN. PERANAN INDIVIDU PELAJAR YANG BERBEZA DAN PEMBOLEHUBAH AFEKTIF DALAM PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA JUGA AKAN DISELIDIKI.
Skill Level: Beginner