KURSUS INI BERTUJUAN UNTUK MENGESAN PERKEMBANGAN TEORI KESUSASTERAAN SELAMA INI UNTUK MELETAKKAN PERBINCANGAN ISU-ISU PENTING SEPERTI KEMATIAN PENULIS, KELAHIRAN PEMBACA DAN KEPENTINGAN TEKS DAN KONTEKS. KURSUS INI AKAN JUGA MENDEDAHKAN PELAJAR KEPADA PELBAGAI ALIRAN KRITIKAN DALAM DISIPLIN KESUSASTERAAN YANG TELAH BERKEMBANG SELAMA INI SERTA PROTOKOL PEMBACAAN MASING-MASING. DALAM HAL INI, USAHA AKAN DIAMBIL UNTUK MENGKAJI TUJUAN DAN PRINSIP-PRINSIP ASAS PELBAGAI PROTOKOL PEMBACAAN INI SUPAYA PELAJAR AKAN LEBIH MEMAHAMI CARA MENGGUNAKAN PROTOKOL INI KETIKA MEMBACA DENGAN TELITI BEBERAPA TEKS KESUSASTERAAN YANG DIPILIH.
Skill Level: Beginner