KURSUS INI MENYEDIAKAN PENGETAHUAN SOSIOLOGI UNTUK MEMAHAMI PERLAKUAN KEHIDUPAN HARIAN. KEHIDUPAN HARIAN INI DIFAHAMI DENGAN MEMBUATKAN KEBIASAAN HARIAN TERSEBUT MENJADI GANJIL (BY MAKING THE FAMILIAR STRANGE). KEADAAN INI BERLAKU APABILA SESEORANG MENGENEPIKAN SEBARANG ANGGAPANNYA (THEIR TAKEN-FOR-GRANTED) TERHADAP PERATURAN DAN RUTIN KEHIDUPAN SOSIALNYA. SELEPAS ITU, MEMPERSOALKAN POLA-POLA PERLAKUAN INI DARI SUDUT PANDANGAN PEMERHATI LUAR. KURSUS INI SECARA UMUM MEMPERKENALKAN PELAJAR KEPADABEBERAPA TEORI SOSIAL INTERPRETIF, SEPERTI SIMBOLIK INTERAKSIONISME, ETNOMETODOLOGI DAN SOSIOLOGI FENOMENOLOGIS-EKSISTENSIALIS. BERDASARKAN TEORI-TEORI INTERPRETIF INI TOPIK-TOPIK SUBTANTIF UTAMA, SEPERTI PERSEMBAHAN DIRI, DEVIANS HARIAN, KETIDAKSUIMAN HARIAN, PENGALAMAN KERJA HARIAN, PERASAAN SEGAN-SEGAN DAN MALU, INTERAKSI DALAM DUNIA PUBLIK, MEMBELI-BELAH DAN PENGGUNAAN HARIAN DAN LAIN-LAIN DIBINCANGKAN SECARA MENDALAM.