MODUL INI BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM MENYEDIA SERTA MEMBENTANG KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN DAN MENERAPKAN KEMAHIRAN DALAM TEKNIK MENJALANKAN PENYELIDIKAN SERTA PENGENDALIAN INSTRUMENTASI MAKMAL DENGAN BAIK. DI SAMPING ITU, PELAJAR DILATIH UNTUK MENULIS HASIL PENYELIDIKAN SAINTIFIK DALAM BENTUK DISERTASI DAN MEMBENTANGKANNYA BAGI TUJUAN PENILAIAN UNTUK MEMBINCANGKAN KEPENTINGAN SERTA IMPAK HASIL PENYELIDIKAN TERSEBUT. SEMUA KOMPONEN INI AKAN DINILAI DI SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN DENGAN TUJUAN MELAHIRKAN PARA GRADUAN YANG BERKEMAHIRAN TINGGI DAN BERFIKIRAN KRITIS DALAM KEBOLEHAN PENYELESAIAN PERNYATAAN MASALAH DALAM PENYELIDIKAN.
Skill Level: Beginner