221
KURSUS INI MELIBATKAN DUA MODUL UTAMA IAITU KERJA LAPANGAN DAN ANALISIS MAKMAL. PELAJAR AKAN DIDEDAHKAN DENGAN AKTIVITI KERJA LAPANGAN SEPERTI SURVEI, PEMETAAN, EKSKAVASI DAN PENGAMBILAN SAMPEL. KURSUS INI AKAN MEMBERIKAN PENGETAHUAN KEPADA PELAJAR TENTANG BAGAIMANA KERJA LAPANGAN ARKEOLOGI DILAKUKAN. KERJA LAPANGAN BERLANGSUNG SEMASA CUTI PANJANG SEMESTER II IAITU SELAMA DUA (2) MINGGU. KURSUS INI AKAN DITERUSKAN PADA SEMESTER 1 DENGAN BERFOKUS ANALISIS MAKMAL ATAS METOD MENJALANKAN PELBAGAI ANALISIS TERHADAP ARTIFAK. PELAJAR-PELAJAR JUGA BERPELUANG MENJALANKAN ANALISIS ARTIFAK DAN EKOFAK YANG DIJUMPAI SEMASA EKSKAVASI. AKTIVITI INI AKAN MEMBERIKAN PENGETAHUAN KEPADA PELAJAR TENTANG ANALISIS SISTEMATIK, SAINTIFIK DAN PROSES PEMBENTUKAN INTERPRETASI SERTA TEORI TENTANG PENSEJARAHAN SESEBUAH TAPAK ITU. PELAJAR AKAN DIBIMBING DALAM TEKNIK ANALISIS SECARA BERPERINGKAT DALAM MAKMAL SAINS DAN SISTEMATIK SEHINGGA KE PERINGKAT KAEDAH PENULISAN LAPORAN DALAM ARKEOLOGI. KULIAH AKAN DIADAKAN PADA LAPAN (8) MINGGU PERTAMA SAHAJA DAN SETERUSNYA AKAN DIPERUNTUKKAN KEPADA ANALISIS MAKMAL, EKSPERIMEN, INTERPRETASI DAN PENULISAN LAPORAN AKHIR.
Skill Level: Beginner
PELAJAR AKAN DIDEDAHKAN KEPADA BUKTI ARKEOLOGI YANG DAPAT MEMPERIHALKAN AKTIVITI DAN TINGKAH LAKU MANUSIA SEJAK TUJUH (7) JUTA TAHUN DAHULU HINGGA PERMULAAN TAMADUN-SUATU PERKEMBANGAN YANG BERLAKU DENGAN PERLAHAN DAN TIDAK SERAGAM DI SELURUH DUNIA. DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG INI, PELAJAR AKAN DIPERKENALKAN SEPINTAS LALU KEPADA PERUBAHAN UTAMA DALAM IKLIM, FLORA DAN FAUNA TERUTAMANYA SEMASA ZAMAN PALEOLITIK, MESOLITIK, NEOLITIK DAN LOGAM. PERBINCANGAN KULIAH ADALAH MERANGKUMI TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN KEJENISAN MANUSIA, KEBUDAYAAN MATERIAL DAN TEKNOLOGI MASYARAKAT PRASEJARAH DI DUNIA. KURSUS INI JUGA TURUT MEMBINCANGKAN PERKEMBANGAN TAMADUN AWAL DI DUNIA YANG TERKEMUKA SEPERTI MESOPOTAMIA, MESIR, INDUS, CHINA, AMERIKA SELATAN DAN EROPAH. KANDUNGAN PERBINCANGAN ADALAH MERANGKUMI JENIS TAPAK, PENTARIKHAN, BUKTI JUMPAAN ARTIFAK, FAKTOR KEMUNCULAN ATAU PERKEMBANGAN TAMADUN, SUMBANGAN TAMADUN DAN TURUT MEMBINCANGKAN FAKTOR KERUNTUHAN ATAU KEJATUHAN SESEBUAH TAMADUN YANG TERPILIH DI DUNIA.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI BERTUJUAN MEMPERKENALKAN PELAJAR KEPADA BIDANG ARKEOLOGI. PELAJAR AKAN MEMPELAJARI SEJARAH ARKEOLOGI DAN BAGAIMANA AHLI ARKEOLOGI MENGENAL PASTI TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI, MENJALANKAN EKSKAVASI, MENENTUKAN USIA ARTIFAK ATAU TAPAK DAN MEMBUAT REKONSTRUKSI TENTANG CARA HIDUP PRASEJARAH. PELAJAR JUGA AKAN MEMPELAJARI TENTANG ARTIFAK DAN TEKNOLOGI PRASEJARAH YANG DITEMUI DALAM EKSKAVASI DI SELURUH DUNIA. SELAIN ITU, KURSUS INI AKAN MEMBERIKAN PENGENALAN SKALI ATAU EPOK GEOLOGI DUNIA PADA ZAMAN KUARTERNARI DAN BAGAIMANA MASYARAKAT BERADAPTASI PADA ZAMAN TERSEBUT. PELAJAR JUGA AKAN DIDEDAHKAN DENGAN BIDANG PENGURUSAN WARISAN DUNIA. TOPIK TERSEBUT MEMBINCANGKAN SISTEM PENGURUSAN WARISAN BUDAYA DAN AKTA WARISAN DI MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA; PENGGUNAAN WARISAN SERTA ISU DAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH ARKEOLOGI DALAM BIDANG INI. PERANAN BIDANG ETNOARKEOLOGI TURUT DIBERI PENEKANAN KEPADA PELAJAR KERANA PENTING BAGI AHLI ARKEOLOGI MEMBUAT ANALOGI TERHADAP CARA HIDUP DAN TINGKAH LAKU MASYARAKAT PRASEJARAH BERDASARKAN DATA-DATA MASYARAKAT KONTEMPORARI. AKHIR SEKALI PELAJAR TURUT DIBERI PENGENALAN TENTANG PERANAN PENGURUSAN MUZIUM DAN WARISAN. PELAJAR AKAN DIDEDAHKAN TERHADAP FUNGSI DAN HUBUNGAN ANTARA ARKEOLOGI DENGAN MUZIUM SERTA USAHA MELESTARIKAN WARISAN BUDAYA. PELAJAR JUGA AKAN DIBERI PELUANG MEMERIKSA BERBAGAI-BAGAI JENIS ARTIFAK EKSKAVASI, MEMBUAT ALAT-ALAT BATU DAN MELAWAT TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI.
Skill Level: Beginner