221
KURSUS INI MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR MENJALANKAN PROJEK PENYELIDIKAN BERKAITAN BIDANG PERUBATAN MOLEKUL DI BAWAH PENYELIAAN SEORANG PENSYARAH. SELAIN DARIPADA MENJALANKAN PROJEK PENYELIDIKAN, KURSUS INI JUGA MENDEDAHKAN PELAJAR KEPADA PERISIAN PENGURUSAN BAHAN RUJUKAN DAN TEKNIK-TEKNIK BERKAITAN PENULISAN TESIS. PELAJAR JUGA AKAN DIDEDAHKAN DAN DIBERI PELUANG UNTUK MENAMBAH PENGALAMAN BERKAITAN DENGAN TEKNIK-TEKNIK TERAS DAN TERKINI DALAM BIDANG PERUBATAN MOLEKUL. KURSUS INI DIJALANKAN DENGAN PENYELIAAN KERJA PENYELIDIKAN DI DALAM MAKMAL, PERBINCANGAN DAN BENGKEL. PELAJAR DINILAI MELALUI TESIS, SEMINAR DAN PENYELIAAN. PELAJAR JUGA BERPELUANG UNTUK MEMILIH DI ANTARA PROJEK PENYELIDIKAN YANG BERTERASKAN MAKMAL ATAUPUN INDUSTRI.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI MENAWARKAN PENDEKATAN GUNA TANGAN PENGGUNAAN BIOINFORMATIK DALAM BIDANG PERUBATAN MOLEKUL. KULIAH DAN AMALI MELIPUTI ANALISIS JUJUKAN DNA DAN PROTEIN MENGGUNAKAN PERISIAN DAN PANGKALAN DATA DALAM TALIAN SEDIA ADA. PEMAHAMAN ASAS DAN KEUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN APLIKASI BIOINFORMATIK WAJIB UNTUK GENERASI PENYELIDIK SEMASA. KURSUS INI AKAN MERANGKUMI PEMAHAMAN LUAS BIOINFORMATIK UNTUK MENCERMINKAN KEPELBAGAIAN DALAM BIDANG PERUBATAN MOLEKUL – SAMA ADA DALAM PENGGUNAAN MAKLUMAT GENETIK, GENOMIK ATAU PROTEOMIK SECARA ‘IN SILICO’.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI BERTUJUAN UNTUK MENDEDAHKAN PELAJAR KEPADA VAKSIN DAN TERAPI NOVEL. KURSUS INI BERKEMBANG DARI KANDUNGAN KURSUS YANG DIPELAJARI SEBELUM INI IAITU, MEKANISME PENYAKIT DAN JUGA DALAM PEMBELAJARAN MENDALAM BIDANG IMUNOLOGI UNTUK TERAPI GEN, VAKSIN, TERAPI SEL, SASARAN UBAT BARU DAN UBAT-UBATAN/TERAPI NOVEL SERTA PROSES PEMBANGUNAN KLINIKAL. KURSUS INI AKAN DIAJAR MENGGUNAKAN TOPIK IMMUNOLOGI MELALUI SYARAHAN, PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH, AMALI, PERBINCANGAN DAN PEMBENTANGAN OLEH PELAJAR UNTUK MENCAPAI PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR. PELAJAR AKAN DINILAI MELALUI PEPERIKSAAN AKHIR, KUIZ, TUGASAN, BUKU LOG, PERBINCANGAN DAN PEMBENTANGAN.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI MENYEDIAKAN PENGETAHUAN TERAS SECARA MENDALAM TENTANG PRINSIP DAN AMALAN DALAM KAEDAH DAN TEKNIK DIAGNOSIS PENYAKIT BERJANGKIT. IA JUGA MERANGKUMI KAEDAH PENYELIDIKAN DAN PENEMUAN TERKINI DALAM DIAGNOSA PENYAKIT BERJANGKIT. KURSUS INI AKAN DIKENDALIKAN MELALUI KULIAH, TUTORIAL DAN PERBINCANGAN. PELAJAR AKAN DINILAI MELALUI TUGASAN, PERBINCANGAN, PEMBENTANGAN, LAPORAN AMALI, KUIZ DAN PEPERIKSAAN AKHIR.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI MENYEDIAKAN PENGETAHUAN TERAS SECARA MENDALAM TENTANG MEKANISMA MOLEKUL PENYAKIT BERJANGKIT DAN KANSER. IA JUGA MERANGKUMI MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG KAEDAH PENYELIDIKAN DAN PENEMUAN TERKINI DALAM PENYAKIT BERJANGKIT DAN KANSER, IAITU BIDANG FOKUS UTAMA DI INFORMM. KURSUS INI AKAN DIKENDALIKAN MELALUI KULIAH, TUTORIAL, PERBINCANGAN DAN ‘PROBLEM BASED LEARNING’. PELAJAR AKAN DINILAI MELALUI TUGASAN, PEMBENTANGAN, LAPORAN, LAPORAN AMALI, KUIZ DAN PEPERIKSAAN AKHIR.
Skill Level: Beginner