222
KURSUS INI MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR MENJALANKAN PROJEK PENYELIDIKAN BERKAITAN BIDANG PERUBATAN MOLEKUL DI BAWAH PENYELIAAN SEORANG PENSYARAH. SELAIN DARIPADA MENJALANKAN PROJEK PENYELIDIKAN, KURSUS INI JUGA MENDEDAHKAN PELAJAR KEPADA PERISIAN PENGURUSAN BAHAN RUJUKAN DAN TEKNIK-TEKNIK BERKAITAN PENULISAN TESIS. PELAJAR JUGA AKAN DIDEDAHKAN DAN DIBERI PELUANG UNTUK MENAMBAH PENGALAMAN BERKAITAN DENGAN TEKNIK-TEKNIK TERAS DAN TERKINI DALAM BIDANG PERUBATAN MOLEKUL. KURSUS INI DIJALANKAN DENGAN PENYELIAAN KERJA PENYELIDIKAN DI DALAM MAKMAL, PERBINCANGAN DAN BENGKEL. PELAJAR DINILAI MELALUI TESIS, SEMINAR DAN PENYELIAAN. PELAJAR JUGA BERPELUANG UNTUK MEMILIH DI ANTARA PROJEK PENYELIDIKAN YANG BERTERASKAN MAKMAL ATAUPUN INDUSTRI.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI MEMBOLEHKAN PELAJAR MEMAHAMI DAN MENGAPLIKASI PENGETAHUAN DAN TREND TERKINI DALAM PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KOMPETENSI MELALUI INTEGRASI DAN KESINAMBUNGAN DALAM BIDANG PENYELIDIKAN PERUBATAN MOLEKUL. IA JUGA MEMBERI KESEDARAN KEPADA PELAJAR MENGENAI ISU SOSIAL DAN AWAM DALAM BIDANG PERUBATAN MOLEKUL.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI MEMBOLEHKAN PELAJAR MENGETAHUI DAN MEMAHAMI TREND (PENDEKATAN) TERKINI DALAM PENYELIDIKAN PERUBATAN MOLEKUL DALAM BIDANG “OMICS� BERKENAAN PENYELESAIAN DALAM BIDANG TERAPEUTIK DAN PROGNOSTIK. PELAJAR JUGA AKAN MEMAHAMI KAEDAH STATISTIK YANG PENTING DALAM BIDANG PERUBATAN MOLEKUL.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI MEMBOLEHKAN PELAJAR MEMAHAMI PRINSIP DAN MENGAPLIKASI PENGETAHUAN DAN KAEDAH PENGURUSAN PROJEK DALAM PENYELIDIKAN, MELIBATKAN PERANCANGAN, PENGURUSAN MASA, PERMOHONAN GERAN, PENGURUSAN KEWANGAN, KEMAHIRAN KOMUNIKASI, SERTA PERTIMBANGAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN. ASPEK KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM PENGURUSAN PENYELIDIKAN AKAN DITEKAN.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI AKAN MEMPERKENALKAN PELAJAR KEPADA PERUNDANGAN BERKAITAN INDUSTRI BIOPERUBATAN DAN TERMASUK KESELAMATAN PRODUK BIOPERUBATAN DAN RISIKO DALAM INDUSTRI BIOPERUBATAN. PELAJAR AKAN JUGA DIBERI PENGENALAN KEPADA PELBAGAI SISTEM PENGURUSAN KUALITI ANTARABANGSA YANG PENTING DALAM INDUSTRI BIOPERUBATAN.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA PELAJAR UNTUK MEMAHAMI KONSEP ASAS PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN HARTA INTELEK YANG DIPERLUKAN DALAM BIDANG BIOPERUBATAN. INI AKAN MEMBANTU PELAJAR LEBIH MEMAHAMI PENGURUSAN TEKNOLOGI DALAM PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN, SERTA PROSES MENDAPATKAN PATEN DAN PENGKOMERSIALAN HASILAN PENYELIDIKAN.
Skill Level: Beginner
KURSUS INI AKAN MEMBERI PENGENALAN DAN PENGETAHUAN TENTANG TEORI ASAS PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWAAN DENGAN PENEKANAN KEPADA BIDANG BIOPERUBATAN.
Skill Level: Beginner