KURSUS INI MENYEDIAKAN SATU PENGENALAN KEPADA SOSIOLINGUISTIK, KAJIAN TENTANG KAITAN DI ANTARA BAHASA DAN MASYARAKAT. DALAM MENELITI HUBUNGAN YANG DINAMIK INI, KONSEP-KONSEP UTAMA DALAM SOSIOLINGUISTIK SEPERTI BAHASA, DIALEK, AKSEN, KOMUNITI BAHASA DAN ALIH KOD AKAN DIPERKENALKAN. SECARA SPESIFIK, KURSUS INI ADALAH BERKENAAN DENGAN FENOMENA SEPERTI VARIASI BAHASA, MULTILINGUALISME, PILIHAN KOD, SIKAP TERHADAP BAHASA, DLL. PELAJAR AKAN DILENGKAPKAN DENGAN ILMU PENGETAHUAN TENTANG TEORI DAN PENDEKATAN METODOLOGI DALAM MENJALANKAN KAJIAN SOSIOLINGUISTIK DAN MEREKA AKAN DILATIH UNTUK MENGUMPUL, MENGANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA SOSIOLINGUISTIK.